Orang dengar sakit kepala macam biasa2 je kan? Cuba kena, tau la biasa ke tak hehehehe. Saya dulu pengidap migrain teruk. Tahun 1990-an dulu la. Paling last migrain tak berhenti selama sebulan. Subhanallah! Masa tu Tuhan sajalah yang tau rasa macamana. Makan ubat tahan sakit pun masih rasa lagi walaupun tak teruk. Masa tu, pegi macam2 doktor. Doktor kata, migrain takde ubat. Makan painkiller aje bila kena. Akhirnya, saya cari maklumat sendiri, dan cari jalan utk kawal sendiri migrain tu. Sekarang, kalau saya kena migrain sekali setahun pun dah kira pelik. Kat sini saya kongsi lah sedikit info bersama pengalaman saya sendiri jugak berkenaan sakit kepala dan migrain.
Migrain v.s. Sakit Kepala?
Sakit kepala ni macam2 jenis, dari yang biasa2 sampailah yang luarbiasa sikit. Bukan semua sakit kepala tu migrain. Kalau nak tau semua sekali jenis sakit kepala tu boleh tanya bapak Google ye. Banyak jawapan dia bagi hehehe. Saya cerita antara yg biasa lah ya.
Sinus: Sakit kepala di bahagian sekitar rongga di kawasan hidung dan mata kita. Biasanya kalau keradangan akibat selsema tu boleh sakit situ.
Cluster: Sakit kepala biasanya di bahagian belakang mata. Dipanggil "cluster" sebab biasanya kena secara bersiri.
Tension: Seperti perkataannya, sakit kepala ni biasanya kerana kita tension la. Rasa sakit / berdenyut2 pada bahagian dahi, macam ditekan-tekan gitu.
Apa itu Migrain?
Migrain ni sakit kepala sebelah. Sakit kepala berdenyut yg sederhana atau sangat teruk. TAPI, bukan sakit kepala saja. Ada juga rasa loya, keliru, penglihatan kabur, perubahan mood, keletihan dan sensitif pada cahaya, bunyi atau bau.Ikut apa yang saya baca dan alami sendiri, migrain ni ada 2 jenis utama, yg ada Aura dan tak ada Aura. Ni bukan aura tubuh yg orang boleh amik gambar klua kaler2 tu ye. Aura di sini makna sebelum migrain tu ada benda2 yg jadi dulu. Antaranya:
- Gangguan pandangan. Kalau yg saya sendiri alami, dia macam kita tengok TV masa takde siaran tu... "semut berperang" tu kan... Ni yang paling biasa. Selain pada yg ni, ada juga yg macam kat bawah ni
- Rasa kebas di sebahagian tubuh badan, biasanya tangan atau kaki
- Lemah separuh badan
- Kesukaran bercakap
- Rasa keliru
- Rasa nak muntah
- Hilang selera makan
- Sensitif kepada cahaya dan / atau bunyi
Orang kena migrain tak semestinya kena salah satu aje. Boleh jugak kena kadang2 satu jenis, kadang jenis yg lain. Kadang ada jugak jenis migrain yg tak sakit kepala pun, cuma ada simptom2 lain je. Kesimpulannya, memang macam2 jenis lah. Terus terang, kalau kena yg ada aura senang sikit sebenarnya, sebab boleh kawal dari awal, sebelum sakit lagi. Bila boleh kawal dari awal, kadang tak jadi lah migrain tu.
Pencetus Migrain
Sebelum bincang pasal macamana nak cegah migrain, kita kena tahu apa PENCETUS dia. Dalam Bahasa Inggeris dipanggil "trigger". Pencetus ni maknanya, bila ada benda / keadaan ni, kenalah migrain. Bila kita elak, tak kena lah migrain. Ikut pengalaman saya, pencetus ni ada 3 kumpulan:1. Emosi
2. Persekitaran
3. Makanan / minuman
Untuk diri saya sendiri, biasanya kalau ada satu aje dari 3 ni, tak kena migrain. Namun orang lain tak semestinya macam tu ye. Kita kena kaji diri kita sendiri dan faham mengenai sakit kita. Saya cerita satu2 ya...
Emosi
Emosi ni senang aje. Kalau kita stress, senang kena migrain. Stress ni bukan tekanan aje ye... emosi2 negatif semua bagi kita tekanan kan. Marah, sedih... Kadang kalau terlampau teruja (excited) pun boleh jadi stress jugak. ABISTU? Haaa... Ni lah benda yang bunyi senang tapi nak buat boleh jadi mencabar.Kita kawal emosi kita. Jalani setiap hari dengan tenang. TENANG itu MENANG. Tak kira apa jadi pun, kita tenang aje. Macamana nak tenang aje tak kira apa yang jadi kat kita? Hehehehe... ni sampai sekarang saya masih belajar. Makin lama, makin senang nak tenang dan makin sukar nak beremosi negatif. Apa kaedah tu saya kena tulis blog lainlah ye. Yang ni kita fokus cerita pasal migrain nih.
Persekitaran
Persekitaran kita mungkin terlampau bising, lampu terlampau cerah, berkelip2, atau silau, suhu terlampau panas / sejuk, kadangkala bau yang terlampau kuat pun ada. Semua ni boleh jadi pencetus migrain. Biasanya kalau kita terdedah pada persekitaran macam ni, dah tentu mudah nak rasa stress. Tu maknanya dah ada DUA pencetus. Senang nak kena migrain.Tak bermakna semua orang tak boleh duduk dalam persekitaran yang macam ni ye. Kalau satu benda tu bukan pencetus pada kita, taklah jadi migrain.
Makanan / minuman
Macam2 jenis makanan dan minuman boleh jadi pencetus. Kadang memang makanan tu sendiri adalah pencetus, kadangkala salah satu isikandungan dalam makanan tu, misalnya garam, gula, kicap, MSG dsb.Sebenarnya, apa2 jenis makanan pun boleh jadi pencetus. Pencetus makanan ni memang tak sama antara individu. Juga tak semestinya makan sikit pun boleh cetuskan migrain. Biasanya kalau berlebihan barulah jadi, termasuklah terlebih masam, masin, manis atau pedas.
Selain dari ini, kurang tidur atau tidur yang tidak lena juga boleh jadi pencetus. Juga, saya perasan yang kalau ada sesuatu yang menekan belakang tengkuk saya untuk jangkamasa yang lama, misalnya anak tudung atau bantal yang terlampau keras, memang sangat cepat saya kena migrain.
Mencegah Migrain
Ok, dah tau migrain apa, pencetus ni apa, tapi kita kena kenalpasti pencetus mana yang relevan kepada diri kita. Macamana? Jawapan senang yang nak buat memerlukan ketelitian: kita kena kenalpasti dari kehidupan kita.Tulis jurnal harian. Dalam jurnal ni nyatakan suasana persekitaran yang kita alami, apa kita makan dan minum, serta keadaan emosi kita. SETIAP HARI, sampai kita nampak pola (pattern) yang tertentu. Mungkin kita ada perasan yang kita biasanya kena migrain pada hari panas. Atau pada hari yang kita kerja luar, atau bila kita lama duduk dalam jem. Apa2lah. Kaji jurnal tu sampai nampak polanya.
Buat ujian. Ni berisiko sikit, tapi sangat berbaloi. Kadangkala dari ingatan kita sendiri pun kita ada perasan pola2 tertentu. Jadi kita test teori kita. CONTOH: Kita suspek pencetus migrain kita ialah air bergas, kerana kita memang suka minum, dan biasanya lepas tu kita kena migrain. Jadi kita cuba. Berhenti terus minum minuman bergas, atau untuk memastikan lagi, minum air masak aje selama sebulan atau lebih. Tengok apa jadi. Kena migrain ke tak?
Macam2 kita boleh uji, namun perlu ingat, hasilnya mungkin mengelirukan pada peringkat awal, sebab kita mungkin ada lebih pada satu pencetus. Cara paling baik untuk mencari pencetus2 sebenar ialah untuk bermula dengan apa yang kita betul2 yakin bukan pencetus migrain pada kita.
Senangnya saya cerita pengalaman sayalah.
Migrain saya yang pertama masa sekolah rendah lagi, dan saya perasan, bila saya main catur. Jadi saya berhenti main catur dengan serius, dan lepas tu tak ada dah kena migrain sampai saya sekolah menengah. Masa tu tak tau istilah migrain ni, yang tau nya sakit kepala, makan panadol aje. Bila dah ke universiti, mula pandai guna perkataan migrain ni, dan saya jadi pengguna tegar ponstan. Masa tu memang tau pasal ponstan je. Bila saya mula kerja, tiap kali kena saya makan ponstan. Ponstan sentiasa ada dalam beg tangan saya, ke mana saja saya pergi. Sampailah masa saya sambung belajar di UiTM dan migrain saya jadi makin teruk sampai tak berhenti macam saya dah cerita awal2 tadi.
Jadi saya belajar pun tak jadi, kerja pun tak lah masa tu. Saya duk rumah, makan yang sangat2 simple, yang saya masak sendiri, minum air masak aje, supaya saya tau betul2 apa ada dalam apa yang saya makan dan minum tu. Pencetus pertama yang saya jumpa ialah MSG. Ajinomoto lah kiranya. Bila ambil je terus kena migrain. Lepas tu saya cuba minuman bergas, kek dengan ising, kek tanpa ising, coklat, kicap, berbagai jenis buah... macam2. Saya rasa dalam masa 2 bulan saya dah tau kebanyakan pencetus migrain saya, dan saya dah mula boleh kawal migrain saya melalui pemakanan.
Saya perasan juga yang bila makan banyak ulam2an dan sayur2 segar, lagi susah saya kena migrain. Jadi, saya seboleh2nya amalkan pemakanan sihat. Kurang minyak, kurang garam, banyak sayur.
Kemudian pencetus emosi tu memanglah. Saya ikuti kelas2 dan baca buku2 berkenaan kawalan emosi. Saya jadikan bilik tidur saya tempat yang sangat selesa dan tenang supaya saya boleh tidur lena. Saya memang workaholic, jadi kadang2 saya masih lagi tak tidur malam nak siapkan kerja. Namun saya pastikan kalau saya perlu buat macam tu, saya beratkan penjagaan cara lain. Dan saya hadkan jangkamasa saya buat macam tu.
Macam2 saya buat, ikut keadaan kerja yang saya buat pada masa tu. Bukan semua sekali pada masa yang sama ye hehehe... saya bukanlah berdisiplin sangat, saya "juggle", janji tak migrain ok lah. Antara yang saya buat:
- Saya keluar kerja awal, balik lewat sikit supaya tak kena cahaya matahari terlampau panas atau silau.
- Saya elakkan keluar makan tengahari tengah panas
- Saya pilih tempat makan tengahari yang sejuk / berhawa dingin atau saya bungkus dan makan kat ofis.
- Saya elak kerja2 yang memerlukan saya tersumbat dalam jem.
- Saya pakai cermin mata yang ada fotogrey supaya tak silau
- Saya jaga aircond kereta supaya sentiasa sejuk dan pasang lapisan UV setinggi yang boleh mengikut undang2
Dengan semua ni saya biasanya cuma kena migrain penuh dua atau tiga kali setahun. Kadangkala saya kena aura jadi saya sempat cegah migrain tanpa ubat2an. Sampailah saya kena kanser dan melalui kimoterapi. Lepas tu badan saya panas terlampau, dan saya kena migrain semula. Akhirnya saya terfikir untuk sejukkan badan dengan minum ais.
Lepas tu saya dah join STGMA dan berniaga online, sejak 2013 saya tak pernah migrain walaupun sekali.
- Saya ganti garam yang saya guna dengan garam buluh
- Saya amalkan Min Kaffe yang mengandungi garam buluh dan BV Alfalfa yang sangat berkesan untuk menyejukkan badan, selain dari mengandungi pelbagai vitamin dan mineral
- Saya tidur dengan BVSM jadi tidur saya lena dan sel2 saya mudah terbaiki dan diganti dengan sel2 baru yang sihat
- Paling penting, sekarang saya lebih tenang dan ceria dari dulu, kerana sebagai Konsultan STGMA saya belajar banyak cara hidup senang dan tenang dalam Seminar Jiwa Turbo Rezeki
>>
No comments:
Post a Comment